spot_img
spot_img

Isu GST : “Jangan Ada Muslihat”

SHAH ALAM – PKR mahu pembatalan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus ke atas lebih 60 barangan makanan dikekalkan.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, kegagalan berbuat demikian hanya membuktikan pembatalan tersebut tidak lebih daripada muslihat politik untuk mengaburi minda rakyat.

“Ikrar BN dan Umno yang kononnya faham ‘denyut nadi naluri rakyat’ hanya omong-omong kosong dan ungkapan lunak untuk memancing undi.

- Advertisement -

“Hakikatnya, cadangan itu sebenarnya menambah bebanan rakyat. Umpama ia sebahagian strategi BN untuk memastikan kantung rejim itu sentiasa ‘sarat’ dan sedia pakai untuk disalahgunakan atau diseleweng,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Nurul Izzah, laporan media sebelum ini mengatakan alasan pelaksanaan GST terhadap barangan makanan tersebut, sebagai ‘bukanlah kegunaan orang ramai’.

“Kerajaan Persekutuan terpaksa membuat pusingan U secara tiba-tiba seolah-olah ‘terpukul’ oleh gelombang kebangkitan rakyat terutama di media sosial.

- Advertisement -

“Bagaimanapun, tiada pengesahan bahawa pembatalan tersebut sama ada bersifat kekal atau sementara sehingga PRU14 selesai,” katanya.

Katanya, Pakatan Harapan tetap konsisten dengan hidup rakyat tanpa GST iaitu bermula dengan kadar sifar bagi semua barangan dan perkhidmatan keperluan asas.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan membatalkan hasrat mengenakan GST ke atas lebih 60 barangan makanan, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk T Subromaniam.

Menurut Subromaniam lebih daripada 60 barang makanan akan dikenakan GST, termasuk beberapa jenis makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi, mulai Julai 1.

Makanan laut termasuk belut dan ikan todak, manakala buah-buahan diimport seperti avokado, buah ara, anggur, buah pic, ceri dan beri akan dikenakan enam peratus.

Di bawah kategori sayur-sayuran pula, laporan itu menyebut kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis akan mula dikenakan GST.

Kerajaan memperkenalkan GST enam peratus ke atas barangan dan perkhidmatan pada April 2015.

comments

Terkini

spot_img
spot_img