spot_img
spot_img

5 Tip Dikongsi Khas Oleh Imam Muda Asyraf Buat Anak Kecil Yang Pertama Kali Berpuasa

spot_img

Setiap ibu bapa pasti mahukan anak mereka bukan sahaja berpuasa malah mendalami serta menghayati keberkatan sebenar berpuasa. Tidak mudah untuk mengajar anak kecil berpuasa buat pertama kali.

Ibu bapa perlu memainkan peranan besar dalam memberi galakan serta dorongan dengan pendekatan berhemah dan mengambil kira kemampuan anak-anak untuk menahan lapar dan dahaga sepanjang hari.

Kami kongsikan 5 tip yang boleh anda lakukan bagi melatih si manja berpuasa.
#1 Bersahur Dengan Makanan Berkhasiat Yang Mengenyangkan
Tidurkan anak anda lebih awal agar mudah untuk mereka bangun untuk bersahur. Walaupun sukar untuk mengejutkan mereka seawal jam 5 pagi untuk makan, ibu bapa perlu memastikan anak-anak bersahur dengan mengambil makanan berkhasiat dan susu yang mampu membekalkan tenaga dan menyokong minda serta fizikal agar mereka kekal aktif walaupun seharian berpuasa.
#2 Luangkan Masa Beraktiviti
Lakukan aktiviti bersama-sama agar mereka sibuk dan tidak terlalu mengira masa untuk berbuka. Aktiviti ini termasuklah bersahur dan berbuka, berterawih dan bertadarus bersama-sama.

- Advertisement -

Anda boleh bawa mereka ke taman permainan atau bermain bersama mereka sementara menanti waktu berbuka. Paling penting, jangan sesekali benarkan ahli keluarga yang lain makan atau minum di hadapan mereka.

 

#3 Jangan Memaksa

- Advertisement -

Latih mereka berpuasa secara berperingkat. Mulakan dengan berpuasa setengah hari, setelah mereka selesa dengan rutin itu bolehlah dilewatkan waktu berbuka secara berperingkat. Daripada berbuka pada pukul 12, anda mungkin boleh anjak waktu berbuka ke pukul 1 atau 2 jika mereka selesa. Prihatin terhadap setiap rungutan mereka kerana ada kalanya mereka terlalu penat dan lapar untuk meneruskan puasa.

 

#4 Beri Galakan & Pujian

Peluk dan puji anak anda jika mereka berjaya melepasi tempoh masa berpuasa yang anda tetapkan. Jika anda lihat anak masih bertenaga tetapi merengek minta berbuka, cuba pujuk mereka dengan kisah-kisah tauladan atau alihkan perhatian mereka kepada perkara lain.

 

#5 Ganjaran Suka-Suka
Ganjaran kecil pasti menggembirakan dan menjadi motivasi untuk mereka terus berpuasa.Antara bentuk ganjaran yang boleh anda berikan termasuk menyediakan juadah kegemaran atau kebebasan membeli makanan pilihan mereka untuk berbuka. Walaubagaimanapun, timbul kerisauan di kalangan ibu bapa apabila memikirkan jurang nutrisi pemakanan anak mereka yang mungkin terabai apabila mereka memilih makanan yang tidak menentu. Cuba berikan anak anda PediaSure baharu dengan rasa madu. Kelazatan susu dengan rasa madu ini mampu membuka selera anak anda yang cerewet makan agar jurang nutrisi pemakanan harian serta tumbesaran mereka dapat dioptimumkan sepanjang Ramadan.

Anda juga boleh memberi ganjaran berbentuk wang ringgit mengikut kemampuan bergantung kepada bilangan hari mereka berpuasa. Ganjaran seperti ini boleh memberi galakan kepada mereka.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img