spot_img
spot_img

The Equanimity-Pemburuan Kapal Layar Mega Jho Low

spot_img

Daripada semua aset berkaitan dengan 1MDB yang mahu dirampas semula oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, kapal layar Mega Jho Low, The Equanimity cukup menonjol.

Berbanding kapal layar penumpang, The Equanimity sangat besar. Ia adalah kira-kira 300 kaki, atau hampir 90 meter, panjang dan seberat 3,000 tan.

Sesetengah peminat mendakwa kapal itu mampu memuatkan 28 anak kapal dan 18 tetamu.

- Advertisement -

Laman web, superyachtfan.com, mendakwa bahawa kapal layar itu adalah yangke-54 terbesar pernah wujud.

Pastinya, The Equanimity sukar untuk terlepas, tetapi persoalannya di mana ia sekarang?

Menurut laman web pangkalan data maritim, Marine Traffic, lokasi terakhir kapal itu pada 13 Jun, iaitu tiga hari sebelum pemfailan terbaru DOJ, adalah di koordinat 10.64337ÌŠ / 103.2698ÌŠ.

- Advertisement -

Lokasi itu terletak di luar pantai Koh Rong, sebuah pulau peranginan Kemboja.

Sejak itu, kata Marine Traffic, tidak ada transmisi sistem pengenalan automatik (AIS).

Walau bagaimanapun, laman web yang hampir, Vessel Finder menerima data AIS daripada The Equanimity seminggu lebih awal, iaitu pada 6 Jun.

Ia sedang belayar ke arat barat dari selatan Singapura.

Menurut kedua-dua laman web, The Equanimity berlebuh di Colombo, Sri Lanka pada 9 Mei. Sebelum ini, kapal itu juga dikesan berlabuh di Cairns, Australia pada 5 April.

DOJ, dalam saman terbarunya sebagai sebahagian usaha untuk merampas aset yang dibeli dengan dana yang dituduh diselewengkan dari 1MDB, mendakwa bahawa The Equanimity menelan perbelanjaan kira-kira AS$ 250 juta (kira-kira RM1,069 bilion) untuk dibina.

Kapal layar itu dibina oleh Oceanco dengan kerjasama Azure Naval Architects di Rotterdam, Belanda pada tahun 2014. Kapal ini memaparkan tanda panggilan “ZGDQ” dan mengibarkan bendera Pulau Cayman.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img