Selalunya manis-manisan atau dessert ni menjadi kegemaran orang perempuan. Pavlova antara salah satu dessert yang sangat sedap. Banyak juga majlis hari lahir memilih menggunakan pavlova selain daripada kek.
Tapi kenapa nama dessert ni pavlova? Dari mana datangnya nama pavlova?
Pavlova diberi nama berdasarkan nama seorang penari ballet Rusia, Anna Pavlova. Nama itu diberi sebagai penghargaan kepadanya semasa tour nya di Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an.