spot_img
spot_img

Piala Konfederasi: Ronaldo Gagal Bantu Benamkan Mexico

spot_img

KAZAN, Russia: Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo kecewa selepas pasukannya gagal mengatasi Mexico apabila melepaskan gol dalam masa kecederaan ketika terikat 2-2 dalam saingan Piala Konfederasi.

Ronaldo yang tidak mengendahkan spekulasi mengenai masa depannya bersama Real Madrid, untuk membantu Ricardo Quaresma mencipta gol pembukaan di sini dengan persembahan hebat selaku pemain terbaik perlawanan. Javier Hernandez menyamakan kedudukan buat Mexico sejurus sebelum tamat babak pertama walaupun Cedric Soares tampak akan memberikan kemenangan buat Portugal empat minit sebelum tamat.

Namun tandukan lewat permainan Hector Moreno menafikan kemenangan pertama Portugal dalam Kumpulan A. “Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mengundi saya, tetapi ia bukanlah keputusan yang kami mahukan. “Secara praktikal pasukan kami boleh menang dan kami melepaskan gol pada minit akhir. Ia adalah bola sepak,” kata Ronaldo kepada FIFA TV.

- Advertisement -

“Pasukan masih percaya kepada kemampuan diri. Kami tahu masih banyak peluang buat kami. Masih ada dua perlawanan dan kerana itulah kami tenang. Kini kami perlu fikirkan mengenai perlawanan seterusnya yang kami perlu menang.

“Jika kami menang kami semakin hampir untuk layak dan ia bukanlah masa untuk berasa khuatir.” – AFP

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img