spot_img
spot_img

Keliru Dengan Corak Permainan Sendiri Punca LCW Kalah-Misbun

spot_img

KUALA LUMPUR: Datuk Misbun Sidek berpendapat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mungkin keliru dengan corak permainannya sendiri akibat sering bertukar jurulatih. Malah, bakal ketua jurulatih perseorangan negara itu menegaskan Chong Wei yang juga pemain nombor tiga dunia sebenarnya sudah lama dijadikan sasaran utama oleh pemain lain untuk ditewaskan.

“Chong Wei sebenarnya tidak tahu dia adalah sasaran utama dan mereka (pemain lain) tahu kelemahan dan corak permainan dia, jadi dia perlu sedar mengenai perkara itu. “Mungkin dia juga keliru dengan corak permainan dia dengan jurulatih-jurulatih berbeza sebelum ini,” kata Misbun ketika mengulas mengenai kekalahan Chong Wei di tangan pemain India, H S Prannoy dalam aksi pusingan kedua Terbuka Indonesia, Khamis lalu.

Misbun yang akan kembali memulakan tugas bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), 1 Julai ini bagaimana percaya kegagalan itu tidak menjejaskan misi Chong Wei untuk memburu gelaran sulung Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos depan. Sementara itu, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria memaklumkan badan induk itu sedia mempertimbangkan untuk membenarkan Misbun menemani Chong Wei ke Glasgow.

- Advertisement -

Katanya, jika itu yang difikirkan terbaik buat pemain berusia 35 tahun berkenaan, BAM tiada masalah namun perbincangan mengenai perkara itu akan dilakukan sebelum sebarang keputusan dibuat. “Yang pasti, BAM mahukan yang terbaik…bukan saja untuk Chong Wei tetapi untuk pemain negara yang lain juga.

“Sudah pasti, kita mahukan keputusan yang baik di Glasgow nanti untuk semua pemain negara,” kata Norza.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img