spot_img
spot_img

Dana 6 Billion Harus Bijak Dilaburkan- Shahrir

spot_img

KUALA LUMPUR 17 Jun – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berhak menuntut segala tindakan Felda Global Ventures (FGV) dibuat mengikut landasan betul memandangkan Felda merupakan pegangan saham terbesar dalam syarikat milik kerajaan (GLC) itu.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, FGV perlu menerima pakai amalan tadbir urus korporat terbaik dan kepemimpinan yang cekap sebagai sebuah syarikat perladangan disegani dunia sekali gus mampu memuaskan hati Felda.

Justeru, kata beliau, adalah tidak salah FGV berupaya memberikan pulangan pendapatan yang baik selepas diberi dana tawaran awam permulaan (IPO) RM6 bilion.

- Advertisement -

Namun, katanya, terdapat banyak pelaburan yang tidak perlu dilaksanakan oleh FGV seperti pemilikan hotel-hotel di London dan beberapa syarikat senaraian awam tempatan.

“FGV telah diberi dana RM6 bilion (IPO), jadi sepatutnya syarikat terbabit perlu bijak dalam membuat pelaburan yang betul serta mampu untuk kekal berdikari dan bukan sebaliknya,” katanya seperti dipetik menerusi portal berita, thestar.com.my.

FGV baru-baru ini menjadi tumpuan disebabkan kemelut kepemimpinan yang menyaksikan empat pengurusan kanannya termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad diarah bercuti serta-merta atas dakwaan salah laku tadbir urus korporat.

- Advertisement -

Setakat 22 Mac lalu, Felda merupakan pemegang saham terbesar di dalam FGV dengan kepentingan 33.67 peratus dan nilai pasaran FGV ketika ini ialah RM5.91 bilion.

Keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah FGV itu, diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dalam satu sidang akhbar di Menara Felda, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Shahrir berkata, dalam isu membabitkan Zakaria yang kini diarahkan bercuti, beliau membangkitkan semula kenyataan Pengerusi FGV itu berhubung laporan tahunan syarikat itu baru-baru ini.

Katanya, Pengerusi FGV dalam kenyataannya pada 2015 dan 2016 telah memuji Zakaria atas usaha beliau memulihkan Delima Oil Products Sdn. Bhd. serta langkah-langkah pengurusan kos yang ketat untuk mempertingkatkan operasi keseluruhan FGV.

“Jadi, agak menghairankan apabila Zakaria dan tiga pegawai pengurusan kanan FGV lain tiba-tiba diarahkan untuk bercuti sementara menunggu siasatan dalaman yang berkaitan dengan Delima Oil dan isu pembayaran kepada syarikat Afghanistan, Safitex.

“Walaupun saya tidak mahu menyentuh banyak mengenai perkara ini, tetapi memandangkan Felda merupakan pemegang saham terbesar, saya hanya mahu FGV mendapatkan hak tindakan yang betul,” katanya.

Setakat 22 Mac lalu, Felda merupakan pemegang saham terbesar di dalam FGV dengan kepentingan 33.67 peratus dan nilai pasaran FGV ketika ini ialah RM5.91 bilion.

FGV disenaraikan pada 28 Jun 2012 dan merupakan IPO ketiga terbesar di dunia waktu itu dan berjaya mengumpul dana sebanyak RM10.4 bilion.

FGV merupakan syarikat ketiga terbesar kelapa sawit di dunia mengikut keluasan tanaman.

Menurut laporan, di Malaysia sahaja FGV mengawal lebih 850,000 hektar tanah termasuk 500,000 hektar yang disewa dan diuruskan untuk 112,635 pekebun kecil Felda.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img