spot_img
spot_img

Co-Opbank Sasar Modal Syer RM 1Billion

spot_img

KUALA LUMPUR 18 Jun – Co-opbank Persatuan Ma­lay­sia Bhd. (CBP) menyasarkan untuk meningkatkan jumlah modal syer anggota kepada RM1 bilion pada 2018 berbanding RM356.8 juta yang direkodkan tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Yusra Sabar berkata, sehingga 31 Mei lalu, bank berkonsepkan koperasi itu berjaya mengumpul jumlah modal syer berbayar berkenaan dengan keanggotaan individu seramai 76,000 orang dan 553 buah koperasi.

Katanya, CBP sehubungan itu merancang untuk meningkatkan modal syer sehingga RM600 juta pada tahun ini dalam usaha mengukuhkan kedudukan kecairan yang mapan.
Jelas beliau, beberapa langkah sedang diambil oleh CBP dengan mencari dan mempergiatkan kempen keanggotaan kepada koperasi-koperasi utama dan besar di seluruh negara.

- Advertisement -

“Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan permohonan CBP untuk menawarkan Saham Keutamaan Boleh Tebus dan Ubah (iRCPS) bagi mempelbagaikan sumber modal CBP yang akan ditawarkan kepada anggota individu dan koperasi CBP.

“Antara tarikan utama iRCPS adalah kadar pula­ngan dividen yang lebih ting­gi iaitu enam peratus berbanding empat hingga lima peratus sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

CBP yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 diiktiraf sebagai bank koperasi pada 2014.

- Advertisement -

Jumlah aset CBP yang kini berusia 67 tahun telah mencecah sebanyak RM2.3 bi­lion, baki pembiayaan berjumlah RM1.7 bilion dan jumlah deposit daripada pelanggan hampir RM1.7 bilion.

Mengenai pelan perkembangan cawangan, Yusra berkata, sehingga kini terdapat 20 cawangan CBP di seluruh Malaysia dan tiga lagi akan dibuka di Johor, Lembah Klang dan Sabah.

“Kami juga sedang dalam proses menghasilkan kad debit CBP yang boleh digunakan di mana-mana mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang disediakan oleh bank-bank lain.

“CBP akan memperkenalkan ejen perbankan yang akan dijalankan secara usahasama dengan sebuah agensi kerajaan yang akan membantu mempercepatkan proses penyampaian perkhidmatan CBP kepada anggota dan pe­langgan yang dijangka mula ditawarkan pada suku pertama 2018,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img