spot_img
spot_img

Zara Zya Dikelilingi 30 Ekor Kucing di Rumah

spot_img

Sumber: Wanista

Selain daripada Nabila Huda yang gilakan kucing, Zara Zya pun sangat sukakan kucing hingga pernah memiliki 30 ekor kucing dalam satu masa di rumah! Banyaknya!

Dia mula jatuh cinta dengan kucing 7 tahun lalu ketika diberi hadiah oleh pengarah Kabir Bathia.

- Advertisement -

“Dulu tidak suka sangat nak membela kerana fikirkan susah nak menjaga sebab tiada masa. Namun sejak membela, saya dah tak boleh move on (ketawa) dan terus membeli empat ekor lagi biarpun pada ketika itu sudah ada sepasang di rumah.
“Benarlah kata orang bila dah suka sesuatu benda, kita sanggup berhabis duit dan dek kerana dah mula rasa sayang pada haiwan ini, rumah saya pernah dipenuhi 30 ekor kucing pelbagai baka dan merekalah penghibur hati saya, ” ujarnya kepada mStar Online.

Zara juga mengambil seorang pekerja khas untuk menjaga semua kucingnya itu.

Bagaimanapun apabila terlalu banyak dan ada sebahagian kucing yang kurang diberi perhatian, dia memberi kucing tersebut kepada kawan-kawan yang suka dan sayangkan kucing.
“Menangis jugalah sewaktu nak lepaskan mereka tapi itu mungkin cara terbaik dari terus seksa si comel ni tanpa perhatian dan kasih sayang yang cukup,” katanya yang kini hanya tinggal 11 ekor kucing yang dibelanya di rumah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img