spot_img
spot_img

Isu 9.5 Juta: Najib Perlu Jawab

spot_img

Terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjawab dakwaan kononnya beliau memindahkan sejumlah RM9.5 juta kepada peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, kata ahli Parlimen pembangkang.

MP Puchong dari DAP, Gobind Singh Deo berkata, walaupun terpulang kepada Muhammad Shafee untuk menjawab dakwaan itu, Najib adalah pemimpin masyarakat perlu menjelaskannya kepada rakyat.

“Terpulang kepada Shafee jika beliau mahu menjawab atau tidak. Beliau tentu tahu apa yang terbaik untuk dilakukan dalam keadaan sebegini.

- Advertisement -

“Saya lebih cenderung untuk mendesak perdana menteri untuk menjawap dakwaan itu. Beliau adalah pemimpin masyarakat dan yang terbaik ialah beliau membuat kenyataan yang jelas tidak lama lagi,” kata Gobind ketika dihubungi Malaysiakini, semalam.

Sarawak Report sebelum ini mendakwa Najib membayar Muhammad Shafee sebanyak RM9.5 juta bagi mengendalikan kes mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img