spot_img
spot_img

Berbelanja Demi Mengelak Penyingkiran

spot_img

KUALA LUMPUR: Jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) yang berakhir 11 Jun lalu, cukup rancak apabila kebanyakan pasukan ‘membeli-belah’ dengan membawa masuk pemain baharu bagi memantapkan pasukan. Dua pasukan tercorot Liga Super iaitu Melaka United (MU) dan Pulau Pinang menjadi pasukan paling sibuk apabila melakukan rombakan agak besar dalam misi untuk mengelak daripada tersingkir ke kancah Liga Perdana musim depan.

MU mendaftarkan lapan pemain baharu dan Pulau Pinang mendapatkan khidmat tujuh pemain yang menyaksikan kedua-dua pasukan mengikat tiga ‘awang import’ baharu. Skuad Hang Tuah membawa masuk pemain kelahiran Macedonia, Jasmin Mecinovikj, Felipe de Almeida Souza (Brazil) dan bekas penyerang Negeri Sembilan, Marko Simic (Croatia). Pulau Pinang pula mendapatkan khidmat Sanna Nyasi (Gambia), Brando McDonald (Amerika Syarikat) dan Mark Hartmann dari Filipina untuk kuota pemain import Asia.

Secara keseluruhan, hanya Kedah yang tidak membawa masuk pemain baharu manakala Pahang hanya mendapatkan satu pemain import baharu kelahiran Argentina, Yamil Romero. Penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut tidak ketinggalan apabila mendapatkan penyerang Lubnan, Mohammed Ghaddar dari Kelantan. JDT turut mendapatkan pemain tengah bertahan berdarah kacukan, Ignacio Insa dari kelab Sepanyol, Levante dalam misi mereka merangkul kejuaraan Liga Super buat kali keempat berturut-turut.

- Advertisement -

Situasi sama turut dapat disaksikan dalam saingan Liga Perdana apabila dua pasukan yang bergelut di zon penyingkiran iaitu MISC-MIFA dan Perlis mendapatkan khidmat lapan pemain baharu bagi memastikan terus kekal bersaing di Liga Perdana musim depan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img