spot_img
spot_img

Kuartet Wanita Pecah Rekod Kebangsaan

spot_img

KUALA LUMPUR: Kuartet 4×100 meter (m) wanita negara melakar keputusan cemerlang apabila meraih pingat emas di Kejohanan Trek dan Padang Terbuka Thailand 2017 di Kompleks Sukan Universiti Thammasat, hari ini. Larian acara berganti-ganti yang diwakili Shereen Samson Vallabouy, Siti Fatima Mohamad, S Komalam Shally dan Zaidatul Husniah Zulkifli dengan kepantasan 45.19s itu turut meleburkan rekod kebangsaan iaitu 45.32s.

Rekod lama 45.32s sebelum ini dicipta gandingan Siti Fatima, Zaidatul Husniah, Nurul Faizah Asma Mazlan dan S Komalam di Kallang ketika Terbuka Singapura pada 28 April 2016. Pingat perak menjadi milik gandingan Thailand dengan catatan masa 45.29s manakala gangsa dibawa pulang kuartet Singapura dengan kepantasan 45.65s.

Mengulas mengenai pencapaian di Thailand, jurulatih M Balamurugan berkata, ia satu persembahan yang baik selain berjaya mencipta rekod kebangsaan baharu. “Mereka memecahkan rekod kebangsaan, persembahan yang baik. Saya amat gembira dengan kejayaan ini dan saya pasti mereka akan dapat perbaiki untuk Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos nanti,” kata jurulatih mereka secara ringkas kepada Media, sebentar tadi.

- Advertisement -

Kuartet 4x100m lelaki juga tidak mengecewakan apabila meraih pingat gangsa dengan catatan 40.02s. Acara itu diwakili oleh Jonathan Nyepa, Badrul Hisyam Abdul Manap, Mohd Aqil Yasmin dan Khairul Hafiz Jantan. Pingat emas acara itu menjadi milik Thailand dengan kepantasan 39.54s manakala perak milik Hong Kong (39.84s).

Dalam acara 4x400m, kuartet Malaysia yang diwakili Tanalaksiumy Mahenthiran Rayer, Fatin Faqihah Mohd Yusof, Nurul Faizah Asma Mazlan dan Shereen Samson Vallabouy meraih pingat perak dengan catatan 3:48.52.

Emas dan gangsa acara itu milik gandingan Thailand masing-masing dengan catatan 3:43.42 dan 3:57.64. Pasukan 4x400m lelaki pula sekadar menamatkan saingan di kedudukan keempat, untuk membolehkan Filipina meraih emas (3:11.42), perak diraih Thailand (3:12.06) manakala gangsa milik Korea (3:12.38)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img