spot_img
spot_img

Krisis Qatar Tidak Jejaskan Malaysia-Mustapa

spot_img

KOTA BHARU, 15 Jun (Bernama) — Krisis yang berlaku antara Qatar dan beberapa negara Teluk, tidak menjejaskan perdagangan dan pelaburan Malaysia setakat ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata Malaysia mempunyai hubungan ekonomi, perdagangan dan diplomatik yang amat rapat dengan semua negara terbabit.

“Malaysia berbaik dengan semua negara. Kita ada kepentingan di Arab Saudi, Dubai, Qatar dan semua negara Teluk,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan di sini, malam ini.

- Advertisement -

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan keputusan Arab Saudi dan beberapa negara termasuk Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Maldives dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar berikutan dakwaan negara berkenaan membiayai kumpulan militan Daesh.

Sementara itu, Mustapa mengucapkan takziah kepada keluarga dua juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 yang maut dalam nahas pesawat di Chukai, Terengganu hari ini.

— BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img