Bagi pengguna kaca mata, ramai yang keliru dan tidak pasti bila waktunya untuk anda tukar cermin mata baru bukan? Sebenarnya jika 5 tanda – tanda ini berlaku pada anda, itu bermaksud sudah tiba masanya untuk tukar.
#1 Mata terasa sakit seperti kekejangan
Mata berfungsi sebaga lensa untuk fokus melihat objek dari jauh dan dekat. Jika anda memakai cermin mata yang tidak sesuai kuasa fokusnya secara tidak langsung mata anda akan merasa sakit kerana dipaksa untuk bekerja lebih.
#2 Kerap sakit kepala
Mata yang bekerja lebih biasanya akn mudah rasa tidak selesa, anda juga bukan sahaja akan merasa sakit dibahagian mata tetapi kepala anda juga turut sakit.
#3 Mengecilkan mata
Tabiat mengecilkan mata adalah disebabkan rabun mata semakin naik dan secara tidak langsung sakit kepala berlaku.
#4 Tidak boleh kawal dengan cahaya dan silau
Anda mungkin akan mengalami masalah dengan cahaya dari televisyen, komputer atau telefon pintar. Dan kebiasaanya anda menetapkan cahaya yang paling malap supaya anda tidak merasa silau.
#5 Mengalami ketidakselesaan perut atau loya
fakta yang tidak ramai tahu, dua pasang mata ini dicipta untuk melihat imej yang jelas. Jika mata yang sebelah kabur, otak akan menerima dua imej yang berbeza dan ia boleh menjadi penyebab rasa ketidakselesaan.