dimaklumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada pentadbir di aplikasi permesejan di bawah ini. Haa…Hati-hati ye kepada anda yang menjadi ‘admin’ dalam sebarang kumpulan permesejan.
Apa yang patut dilakukan oleh pentadbir kumpulan permesejan ialah:
1. Maklumkan kepada semua ahli kumpulan, sebab utama kumpulan aplikasi pesanan diwujudkan dan memikirkan samada peraturan asas diperlukan
2. Prihatin terhadap peraturan/syarat-syarat yang digariskan oleh penyedia platform.
3. Menegur posting/komen untuk memastikan perbincangan berada di landasan yang betul.
4. Sentiasa semak posting/komen (dengan seorang moderator, jika boleh.
5. Mempertimbangkan untuk mengeluarkan atau menyekat mereka yang terus membuat posting/komen jelik.
6. Bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan.
Apa yang tidak patut dilakukan oleh pentadbir kumpulan permesejan ialah:
1. Menjadi pentadbir yang tidak aktif/senyap.
2. Melanggar standard komuniti/garis panduan yang telah ditetapkan oleh penyedia platform (contohnya Facebook, WhatsApp, Telegram)
3. Menggalak, menghasut atau bersubahat terhadap posting/komen yang jelik.
4. Membenarkan perbincangan keluar daripada topik.
5. Takut untuk bertegas dengan troll atau dengan individu yang secara berterusan melanggar peraturan asas.
6. Menganggu atau menghalang siasatan yang sedang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.
Sumber dari SKMM