spot_img
spot_img

KJ Tidak Sokong Budaya Samseng

spot_img

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengecam insiden serangan sekumpulan umat Islam ke atas Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dan rakan-rakan sewaktu mereka mengedar kurma di sebuah pasar Ramadan di kawasan parlimennya.

Khairy menerusi akaun Twitternya berkata, tindakan itu tidak patut dilakukan meskipun masing-masing berpegang kepada fahaman politik yang berbeza.

“Tindakan yang perlu dikecam. Lebih-lebih lagi pada bulan puasa. Tak perlu kita bertindak seperti ini walaupun beza pandangan politik,” katanya seperti yang dipetik menerusi Twitternya.

- Advertisement -

Tular di media sosial, sebuah video yang memaparkan sekumpulan pemuda Pakatan Harapan diusir daripada memasuki bazar Ramadan.

Video berdurasi 5:28 minit itu difahamkan berlaku di Bazar Ramadan Kluang, Johor petang kelmarin.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img