spot_img
spot_img

Persempadanan Peta Lama

spot_img

PKR setuju menggunakan peta lama persempadanan untuk semua kawasan parlimen dan Dun pada PRU14 seperti dinyatakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, buat masa ini, partinya telah memfailkan permohonan cadangan persempadanan semula bagi Selangor dan Melaka ke mahkamah.

“Saya harap sekiranya pihak mahkamah tidak sempat buat keputusan sebelum PRU14, SPR boleh menggunakan peta lama persempadanan dan bukan peta persempadanan semula yang baru,” katanya kepada Oriental Daily.

- Advertisement -

Sebelum itu, Mohd Hashim dipetik sebagai berkata, SPR tidak boleh menggunakan peta persempadanan semula yang baharu tanpa Selangor dan Melaka yang sudah memfailkan permohonan di mahkamah.

Beliau tidak pasti jika proses persempadanan semula untuk kawasan tertentu sempat disiapkan menjelang PRU14.

“Jika tak sempat, PRU14 perlu menggunakan peta asal persempadanan,” katanya.

- Advertisement -

Mengenai senarai daftar pemilih baharu, Saifuddin Nasution berkata, PKR tetap tidak puas hati dengan keputusan SPR yang masih enggan memberikan senarai daftar pemilih baharu kepada parti-parti politik.

“Kenapa SPR enggan berikan senarai daftar pemilih baru kepada parti politik? Langkah menghalang orang ramai daripada buat semakan akan menimbulkan lebih banyak perasaan syak wasangka terhadap SPR itu sendiri,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img