spot_img
spot_img

Qatar Bukan Penentu Harga Minyak

spot_img

KUALA LUMPUR 9 Jun – Pemotongan bekalan minyak dari Qatar sama sekali tidak akan me­lonjakkan harga minyak global memandangkan negara pengeluar minyak yang lain masih ber­usaha meningkatkan pengeluaran masing-masing.

Keadaan itu sekali gus dilihat menjejaskan usaha Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk mengimbangi pengeluaran dan bekalan dalam pasaran minyak dunia.

Menurut MIDF Research, Qatar merupakan negara pengeluar yang paling kecil dengan kapasiti setakat Mei lalu mencecah 620,000 tong sehari, sedangkan negara anggota lain seperti Iran mengeluarkan sehingga 3.8 juta tong sehari.

- Advertisement -

“Pengeluaran minyak mentah Iran yang semakin meningkat daripada 2.8 juta tong sehari pada 2015 kepada 3.8 juta tong sehari buat masa ini, adalah le­bih daripada mencukupi untuk mengimbangi pengeluaran semasa Qatar.

“Selain itu, pengeluaran di Amerika Syarikat (AS) juga diunjur mencecah 9.3 juta hingga 10 juta tong sehari tahun ini. Oleh itu tanpa bekalan minyak dari Qatar, ia tidak melonjakkan harga minyak,” katanya dalam nota kajian di sini hari ini.

Menurut data Bloomberg, Arab Saudi merupakan negara OPEC terbesar dengan pengelua­ran sehingga 10 juta tong sehari diikuti Iraq, 4.4 juta tong sehari.

- Advertisement -

Setakat petang ini ini, harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) meningkat 0.85 peratus kepada AS$46.11 (RM196.57) setong manakala Brent juga meningkat satu peratus kepada AS$48.54 (RM206.93) setong.

Pada 5 Jun lalu, Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Yemen memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, sekali gus menggugat kesatuan negara-negara Teluk itu yang telah berlangsung selama 36 tahun. Malah, Libya dan Maldives turut sama mengikut keputusan negara-negara ber­kenaan.

Susulan itu, ia menyaksikan pelabuhan dan ruang udara ditutup dalam tempoh 24 jam termasuk bekalan makanan dihentikan.

Bursa saham Qatar menjunam ke paras paling rendah dalam tempoh lapan tahun dan QE General Index mengalami kerugian sehingga lapan peratus pa­ling teruk selepas krisis kewangan 2009.

Utusan Online

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img