spot_img
spot_img

Negara Maju 2020 Hanya Angan-Angan

spot_img

SHAH ALAM – Negara akan semakin sukar untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata demikian sekaligus menyangkal pendapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menyatakan sebaliknya.

Menurut Saifuddin, ia disebabkan oleh suasana ekonomi yang muram dan peningkatan pengangguran serta inflasi.

- Advertisement -

“Saya berasa lucu apabila membaca kenyataan Abdul Rahman yang begitu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Dengan sekali lagi hanya menggunakan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebagai petunjuk ekonomi.

“Abdul Rahman masih tidak serik cuba mengelirukan rakyat dengan memanipulasi data ekonomi semata-mata untuk meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap BN yang imejnya kian tercemar dengan budaya pembaziran, rasuah dan tatakelola yang buruk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Rahman Dahlan pada 6 Jun lalu dilaporkan mengeluarkan kenyataan berkata, unjuran KDNK Malaysia yang lebih tinggi oleh Bank Dunia, mengesahkan Malaysia berada pada landasan yang betul untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020, jika ekonomi terus mencatat pertumbuhan kukuh secara berterusan.

- Advertisement -

Menurut Abdul Rahman, semakan semula unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia oleh Bank Dunia itu membuktikan bahawa Malaysia berada pada landasan yang betul untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

Saifuddin dalam kenyataan balas hari ini berkata, dengan menjaja nama Bank Dunia yang membuat unjuran bahawa pertumbuhan KDNK Malaysia akan berada pada paras 4.3 peratus, angka ini sebenarnya tidak cukup untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju atau negara berpendapatan tinggi.

“Mengikut pengiraan atlas, Bank Dunia mendefinisikan negara berpendapatan tinggi iaitu apabila KDNK per kapita (jumlah tahunan KDNK dibahagikan bilangan penduduk Malaysia) mencecah ASD12,475 atau lebih kurang RM53,181. Sedangkan pada tahun 2016, KDNK per kapita Malaysia sekadar mencecah sekitar RM37,104 sahaja.

“Seperkara lagi adalah peningkatan dan kejatuhan kadar matawang ringgit Malaysia yang mempengaruhi pengiraan KDNK,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, meskipun Abdul Rahman menyatakan jurang defisit semakin menguncup, hakikatnya Malaysia mempunyai pertambahan hutang negara yang semakin tinggi.

“Kenaikan kos sara hidup, pertumbuhan gaji yang rendah, jurang kaya-miskin yang melebar dan bertambahnya bilangan penerima bantuan kebajikan jelas menunjukkan bahawa data ekonomi yang digemburkan adalah retorik semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

“Kerajaan seharusnya menggubal polisi ekonomi yang mengutamakan kebajikan rakyat,” ujarnya lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img