Free Porn
xbporn
https://www.bangspankxxx.com
voguerre
southampton escorts
spot_img
spot_img

Digantung 12 Bulan Bersama Denda

spot_img

KUALA LUMPUR: Tindakan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias mengasari pengadil ketika aksi Piala AFC pada 31 Mei lalu, membawa padah apabila digantung setahun dan denda AS40,000 dolar (RM170,581) oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC selepas mesyuarat hari ini menjatuhkan hukuman ke atas Farizal susulan tindakannya menolak pengadil dari China, Fu Ming, di akhir perlawanan menentang kelab Filipina, Ceres Negros FC di Bacolod City, Filipina.

Ketika itu, JDT beraksi menentang pasukan tuan rumah pada aksi separuh akhir kedua Piala AFC Zon Asia Tenggara. Susulan tindakannya, penjaga gol kebangsaan berusia 30 tahun itu didapati melanggar Perkara 47.1.2, dibaca dengan Perkara 49.1.2 dan Perkara 50.1 kod Kanun Tatatertib AFC yang membawa kepada hukuman berkenaan.

- Advertisement -

“Jawatankuasa menegaskan integriti fizikal pegawai perlawanan perlu dihormati dan dijaga setiap masa,” kata kenyataan yang dikeluarkan badan induk berkenaan.

“Farizal diarah keluar padang oleh pengadil atas tindakannya menggunakan tangan menolak pengadil di dada, satu kelakuan yang dianggap ganas.

“Dia kemudian turut menolak pembantu pengadil kedua, menggunakan bahunya untuk menolak pembantu pengadil pertama dan menolak pegawai keempat ketika keluar dari padang dengan semua tindakannya boleh menjejaskan bola sepak.

- Advertisement -

” Menurut peraturan AFC, hukuman penggantungan 12 bulan itu membabitkan perlawanan seluruh Asia iaitu dalam semua perlawanan domestik, Eropah dan antarabangsa, sama ada perlawanan persahabatan, tidak rasmi atau perlawanan rasmi.

Penggantungan berkuat kuasa dari tarikh keputusan dikeluarkan iaitu hari ini hingga 8 Jun 2018. Pada perlawanan itu, JDT tewas 1-2 pada perlawanan itu sekali gus tersingkir menerusi peraturan gol di tempat lawan apabila kedudukan agregat terikat 4-4.

Jurulatih JDT, Benjamin Mora, turut didenda AS$7,000 (RM29,856) kerana melanggar Perkara 50.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC susulan tindakannya mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai perlawanan selepas perlawanan berakhir.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img