spot_img
spot_img

Isu 9.5 Juta : Kenapa Najib Membisu? -DAP

spot_img

Ketua Anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar membuat pengesahan atau menafikan dakwaan beliau memiliki tiga akaun Ambank yang digunakan dalam pembayaran RM9.5 juta kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

“Sikap membisu bukan lagi satu pilihan buat perdana menteri jika Najib mahu rakyat Malaysia dan dunia mempercayai betapa beliau komited kepada prinsip-prinsip akauntabiliti, ketelusan dan tadbir urus yang baik.

“Sahkan dengan segera jika Najib mempunyai tiga Ambank akaun lain dalam tempoh yang berkaitan atau terus nafikan, sama juga jika beliau membayar kepada Shafie RM9.5 juta daripada akaun peribadinya – jika benar, beri sebab-sebab atas bayaran itu atau nafi jika ia tidak benar.

- Advertisement -

“Mengapa sukar sangat bagi Najib untuk melakukan perkara semudah itu,” tanya beliau dalam kenyataan media.

Lim mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini yang mendakwa wujudnya tiga akaun lain milik Najib seperti yang didedahkan dalam carta aliran yang ditunjukkan oleh Peguam Negara Mohamed Tan Sri Apandi Ali semasa sidang akhbar pada bulan Januari 2016.

Sementara itu, Lim turut menggesa Apandi untuk mengulas mengenai dakwaan Rafizi.

- Advertisement -

Dengan tidak sampai seminggu sejak Sarawak Report membuat dakwaan Najib membuat pembayaran kepada Shafee, Lim berkata, normal bagi rakyat Malaysia untuk mengaitkan perkara itu kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tiada penjelasan.

“Sebab itu, Najib perlu bersuara dan memansuhkan dasar berdiam diri mengenai perkara-perkara yang menjejaskan nama baik Malaysia,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img