spot_img
spot_img

Ini Bahaya Jika Anda Kerap Mencuba Kuiz Di Facebook

spot_img

Jika anda pengguna Facebook, mungkin ada pernah mencuba kuiz atau ujian seperti ujian personaliti diri, bila bertemu jodoh, kelemahan diri dan berbagai-bagai lagi di garis masa Facebook anda. Tetapi mulai sekarang, anda perlulebih berhati-hati apabila menyertai kuiz ini ataupun jangan lagi mengikuti kuiz seperti ini.

Kerana perasaan curiga, ramai pengguna Facebook yang cuba mengikuti kuiz seperti ini. Selepas anda klik pada aplikasi tersebut, anda akan dibawa ke laman URL yang baru dan kemudian anda akan diminta untuk memberikan beberapa informasi tentang akauan Facebook anda sebelum memulakan kuiz.

Sekilas pandang memang dilihat seperti tiada apa-apa perkara buruk tetapi hati-hatilah. Menurut pakar siber, kuiz di Facebook boleh digunakan oleh penggodam untuk mencuri informasi peribadi diri anda.

- Advertisement -

Dalam laporan NBC News, Sri Sridharan, pakar siber di Florida memberitahu, penggodam sengaja mencipta kuiz tersebut untuk mencuri lebih banyak informasi mengenai sasaran atau target mereka.

“Ianya kelihatan seperti tidak berbahaya, tapi anda tidak tahu siapa sebenarnya yang meminta informasi tentang anda. Mereka semakin mengetahui tentang informasi diri anda, maka mereka memiliki banyak cara untuk membuat anda klik link yang salah (mengandungi malware),” ujar Sri.

Lebih buruk lagi, akaun Facebook anda boleh digodam dan semua informasi peribadi diri akan dicuri oleh hacker.

- Advertisement -

Sumber dari wowmenariknya.com dan elite reader

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img