PETALING JAYA – Bersatu memutuskan untuk menubuhkan lembaga disiplin seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tujuan utama penubuhan lembaga tersebut adalah untuk mengukuhkan perjalanan parti.
“Sekiranya ada kes disiplin berkaitan parti, perkara tersebut akan diuruskan oleh lembaga ini.
“Selain itu, lembaga ini turut berperanan menggubal tata etika ahli dan peraturan-peraturan serta hukuman jika ada ahli melanggarnya,” katanya ketika ditemui di sidang akhbar di Galeri Bersatu, hari ini.