spot_img
spot_img

Tanam Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk Tapi Kucing Pula Jadi Khayal

spot_img

Sebuah pulau di Jepun, Aoshima, amat dikenali dengan nama jolokan “Pulau Kucing” , menempatkan hampir 100 ekor kucing, berbanding hanya 20 orang sahaja penduduk setempat.

Dalam usaha untuk menghalau nyamuk, penduduk di pulau ini sepakat untuk menanam sejenis tumbuhan menyerupai pudina, iaitu Catnip.

Namun sebaliknya pula berlaku apabila kucing-kucing ini seakan-akan khayal selepas menghampiri tumbuhan ini.

- Advertisement -

Catnip mengandungi sejenis kimia yang berfungsi sebagai bahan penarik kucing, nepetalakton. Daya geseran pada catnip, misalnya golekan kucing di atasnya, akan menyebabkannya melepaskan bahan kimia tersebut ke udara, seterusnya mengakibatkan kucing menjadi khayal seketika.

Selepas bau catnip hilang, kucing tersebut akan kembali normal.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img