Free Porn
xbporn

buy twitter followers
uk escorts escort
liverpool escort
buy instagram followers
Galabetslotsitesi
Galabetsondomain
vipparksitesigiris
vipparkcasinositesi
vipparkresmi
vipparkresmisite
vipparkgirhemen
Betjolly
spot_img
spot_img

Industri Kereta Import Terpakai Kian Lembab

spot_img

KUALA LUMPUR 7 Jun – Persatuan Pengimport dan Penjual Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menjangkakan industri kereta import terpakai semakin lembab selagi masalah utama berkaitan percukaian belum diselesaikan oleh kerajaan.

Presiden Pekema, Datuk Zainuddin Abd. Rahman berkata, persatuan mengunjurkan jualan kenderaan import terpakai lebih rendah iaitu di bawah 10,000 buah tahun ini mengambil kira hanya 30 peratus kuota permit import (AP) sebanyak 35,000 digunakan tahun lalu.

“Masalah utama kejatuhan ini ialah percukaian iaitu syarikat francais menerima pengecualian import duti, sedangkan Pekema tidak. Kita tidak mohon sesuatu yang istimewa untuk Pekema, tetapi apa yang kita mahu ialah kesamarataan.

- Advertisement -

“Kita harap masalah ini dapat selesai secepat mungkin kerana jika tidak, ramai usahawan terutama golongan bumiputera terpaksa menghentikan perniagaan berpunca daripada pelaksanaan cukai yang semakin hari semakin membebankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Pekema meraikan seramai 174 anak-anak yatim dan miskin dengan sumbangan membeli-belah sempena Aidilfitri di Mydin Hypermarket, USJ 1, Subang Jaya dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Jawatankuasa Pusat Pekema, Datuk SM Zulkifli SM Amin.

- Advertisement -

Sementara itu menurut Zai­nuddin, program anjuran Ya­yasan Pekema itu memperuntukkan perbelanjaan berjumlah RM500,000 bagi meringankan beban seramai 1,000 anak-anak golongan kurang bernasib baik pada tahun ini sahaja.

Jelasnya, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara berterusan tersebut dimulakan di negeri ini dan akan diteruskan di Pulau Pinang, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor dan di Sabah serta Sarawak pada minggu depan.

“Menerusi aktiviti seperti ini, kami harap anak-anak ini akan berpeluang merasa dihargai dan tidak tersisih sekali gus menjadikan sambutan Aidilfitri lebih meriah dan bermakna walaupun sumbangan yang diberikan hanya kecil.

“Diharapkan usaha kebajikan yayasan ini akan dapat membantu menghibur dan menceriakan hati anak-anak kurang bernasib baik ini dalam mengharungi kesusahan dan kepayahan hidup yang dialami mereka,” katanya.

Tambah beliau, sejak ditubuhkan pada 2007, yayasan telah membelanjakan lebih RM24 juta bagi sumbangan kemasyarakatan, dan pada program hari ini, setiap kanak-kanak diberi peruntukan bernilai RM175 bagi membeli kelengkapan pilihan.

Utusan Online

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img