spot_img
spot_img

Pengakuan “Boss” MCA, Rakyat Cina Tidak Percaya Kerajaan

spot_img

Terdapat kesangsian dan sikap saling tidak mempercayai satu sama lain antara masyarakat Cina dan kerajaan, akui Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan untuk memecahkan kebuntuan, dan melaksanakan dasar-dasar yang selaras dengan kehendak masyarakat tersebut.

Bercakap kepada akhbar Sin Chew Daily, Liow berkata Umno kecewa apbila masyarakat Cina menyokong pembangkang pada pilihan raya umum 2008 dan 2013.

- Advertisement -

Dalam nada yang sama, presiden MCA berkata masyarakat Cina perlu menyokong kerajaan BN dalam usaha untuk mengekalkan pendekatan sederhana dengan sokongan pelbagai kaum.

“Saya perlu tekankan bahawa sokongan Cina amat berharga, mereka boleh mengubah masa depan negara,” katanya.

Liow, yang juga menteri pengangkutan, berjanji bahawa selagi MCA wujud, parti itu akan memastikan supaya Umno mengamalkan pendekatan sederhana dan demokratik.

- Advertisement -

“Saya orang Cina … Saya faham ada suara-suara yang tidak berpuas hati. Jadi, saya sering suarakan dalam kabinet bahawa BN harus menangani sentimen masyarakat Cina dan bukannya menyampaikan wang atau barangan semasa pilihan raya umum, dengan andaian mereka boleh mendapatkan sokongan masyarakat Cina sebagai balasan,” katanya.

Liow berkata masyarakat Cina mahu sumbangan mereka dihargai dan terbabit dalam arus perdana pembangunan negara.

Beliau berkata kerajaan juga perlu menangani isu pendidikan Cina, termasuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Sementara itu, Liow tidak percaya akan berlakunya tsunami Melayu pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, bahawa tidak ada kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa orang Melayu di luar bandar mahu menggulingkan kerajaan sedia ada.

Presiden MCA itu mendakwa apa yang dinamakan sebagai tsunami Melayu dicipta untuk meyakinkan orang Cina supaya terus mengundi menentang BN.

Malaysia Kini

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img