spot_img
spot_img

FGV:Esekutif Lembaga Pengarah Ditubuhkan, Semua Transaksi Digantung Sementara

spot_img

KUALA LUMPUR 6 Jun – Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menggantung semua transaksi perdagangan sahamnya hari ini bermula 12.05 tengah hari ini.

FGV dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia memberitahu, pemberhentian tersebut turut membabitkan semua transaksi waran berstruktur yang melibatkan FGV.

“Kesemua transaksi akan disambung semula pada pukul 2.30 petang ini,” jelas syarikat itu.

- Advertisement -

Sementara itu, FGV turut memaklumkan Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Pengarah FGV, Datuk Dr. Omar Salim; Datuk Zafer Mohd. Hashim dan Ketua Logistik Kluster, Azman Ahmad akan mengambil alih tanggungjawab sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Ini berikutan keputusan mengarahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad bercuti berkuat kuasa serta merta.

Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha juga turut diarahkan bercuti.

- Advertisement -

“Lembaga pengarah turut melantik Pengawal Kewangan Kumpulan Sektor Perladangan, Aznur Kama Azmir sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Interim,” ujarnya. –

UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img