spot_img
spot_img

AMK Lapor 4 Tuntutan Untuk Disiasat PDRM

spot_img

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat empat tuntutan dalam siasatan PDRM berhubung dakwaan portal Sarawak Report bertajuk Najib Paid Anwar’s Prosecutor RM9.5 Million From 1MDB Slush Fund, Why?.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, didakwa RM4.3 juta didepositkan daripada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 11 September 2013 ke akaun peguam Umno, Tan Sri Shafee Abdullah.

“Menurut laporan portal itu lagi yang bertarikh 1 Jun 2017 bertajuk Pascal Najadi – My Fury Over Najib’s Lawyer Shafee Abdullah, wang RM4.3 juta itu didepositkan sebulan setengah selepas Pengerusi Ambank, Hussein Najadi dibunuh pada 29 Julai 2013.

- Advertisement -

“Pembayaran kedua RM5.2 juta dibuat perdana menteri kepada Shafee melalui akaun sama pada 17 Februari 2014 iaitu seminggu sebelum keputusan rayuan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam kes itu, Shafee bertindak sebagai pendakwa raya mewakili Jabatan Peguam Negara,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam.

Tambahnya, kedua-dua pembayaran itu dibuat perdana menteri melalui akaun peribadinya yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

- Advertisement -

Nik Nazmi menuntut siasatan berikut dilakukan iaitu tujuan pembayaran RM9.5 juta, hubungan antara perdana menteri dengan Shafee sehinggakan jumlah yang perlu dibayar begitu besar, adakah pembayaran itu berkaitan dengan kes liwat Anwar dan siapakah lagi yang telah menerima pembayaran daripada duit SRC International.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img