Free Porn
xbporn

buy twitter followers
uk escorts escort
liverpool escort
buy instagram followers
Galabetslotsitesi
Galabetsondomain
vipparksitesigiris
vipparkcasinositesi
vipparkresmi
vipparkresmisite
vipparkgirhemen
Betjolly
spot_img
spot_img

Kita Mahu Calon Rakyat, Bukan Calon UMNO

spot_img

KUALA TERENGGANU – Individu yang popular dalam Umno tetapi tidak dengan rakyat tidak seharusnya diketengahkan pada PRU14.

Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi meminta supaya ciri-ciri sedemikian tidak menjadi keutamaan kepada BN dalam mengetengahkan calon sebaliknya benar-benar memilih calon boleh menang yang diterima rakyat.

Menurutnya, kuasa mengundi berada pada tangan rakyat dan penting untuk parti memenuhi kehendak rakyat supaya calon dikemukakan mampu menarik minat dan keyakinan mereka untuk memberi sokongan kepada BN pada PRU akan datang.

- Advertisement -

“Soal calon kita serah pada pucuk pimpinan tertinggi tetapi pada masa sama saya selaku ketua Umno bahagian, saya sudah maklum pada menteri besar. Yang penting, kita nak calon yang boleh diterima rakyat bukan calon yang popular di kalangan kita (parti) tetapi dengan rakyat tidak popular.

“Jadi, kita nak calon boleh menang, cari yang boleh diterima, calon yang ‘mudah baso’, senang kira dan rakyat pun mengakui begitu. Jangan maknanya berlaku sebagaimana yang lepas-lepas, apabila kita namakan calon, rakyat pula menolak calon,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu jentera parti di peringkat bahagian Kuala Terengganu sudah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya yang berlaku pada bila-bila masa.

- Advertisement -

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya meneruskan tugas rutin mendekati dan berkhidmat kepada rakyat serta menjadi orang tengah bagi pihak kerajaan dengan dibantu agensi-agensi kerajaan dalam menyampaikan bantuan kepada rakyat.

Mohd Sabri turut menegaskan bahawa pihaknya sentiasa berjumpa dan mengenal pasti masalah rakyat setiap masa serta menekankan bahawa perkhidmatan kepada rakyat bukan kerja bermusim sambil memberitahu bahawa pihaknya juga tidak menjanjikan ‘bulan dan bintang’.

“Kita dekat dengan rakyat, kita beri servis kepada rakyat dan kita beri apa sahaja yang rakyat perlukan. Pada masa sama, bila sampai pilihan raya, kita serah pada rakyat untuk tentukan mana dia nak pilih sebab kita tidak boleh paksa orang untuk pangkah (BN). Yang penting, kita beri servis pada rakyat, akhirnya dia yang menentukan (pilihan),” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img