spot_img
spot_img

FAMA Dan TH Global Menerobos Pasaran Arab Saudi

spot_img

KUALA LUMPUR 5 Jun – Lembaga Pemasaran Pertanjan Persekutuan (FAMA) dan TH Global Services Sdn. Bhd. (TH Global Services) menjalinkan usahasama strategik bagi memasarkan produk agro makanan halal keluaran usahawan Malaysja ke pasaran Arab Saudi dan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak berkata, menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak akan menghantar sejumlah 25 tan metrik produk makanan halal melalui tiga fasa bermula pada musim haji tahun ini.

Katanya, segmen pasaran tumpuan bagi pemasaran produk-produk tersebut meliputi perkhidmatan katering makanan dan mesin layan diri serta saluran peruncitan.

- Advertisement -

“Untuk fasa pertama pihak kami telah mula menghantar sebanyak dua kontena produk makanan pracampuran meliputi 14 stok unit daripada tiga buah syarikat,” katanya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif TH Global Services, Adly Mohamed.

– UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img