spot_img
spot_img

Apa Yang Selalu Orang Google Di Bulan Ramadan?

spot_img

Bulan Ramadan ni, bukan sahaja bulan melawan lapar dan dahaga tetapi melawan nafsu dan mendidik jiwa. Ramai yang berazam untuk memperbaiki diri, membuat banyak amalan sunat dan mengikuti sunnah seperti bersahur di hujung waktu, bersolat terawih, banyakkan bersedekah dan bertadarus. Jangan terkejut jika sepanjang Ramadan ini, trend Google rakyat Malaysia juga berubah 360 darjah. Kami senaraikan 10 perkara yang sering di Google di bulan Ramadan.

#1 Resipi

Carian tertinggi bulan ini tentunya resipi sebulan berpuasa. Resipi juga antara yang sering dikongsi di Facebook. Masak ke tidak, belakang kira yang penting niat hendak memasak tu ada.

- Advertisement -

#2 Cara Turunkan Berat Badan
Ramai yang ambil kesempatan bulan puasa ni untuk tampil langsing di hari raya. Tidaklah susah nak cari baju yang sesuai di badan.

#3 Kedai Makan Yang Best
2 perkara paling susah di bulan puasa ni tentunya, “nak sahur apa?” dan “berbuka di mana?”. Sekarang ni tak susah, Google sahaja siap boleh baca review daripada pengunjung lagi.

#4 Google Map Dan Waze

- Advertisement -

Siapa yang suka tersangkut di dalam jem, terutama waktu balik kerja di bulan puasa ni. Takkan la hari-hari hendak berbuka dalam kereta.

#5 Cara Ikat Tudung

Asal pakai tudung, itu sahaja jenis ikatan yang dibuat… bosan! Sekali sekala hendaklah melaram dengan gaya ikatan tudung terkini. Barulah tak kalah dengan jiran tetangga.

#6 Fesyen Raya

Apakah warna trendy tahun ni? Apa pula fesyen yang dijangka hit tahun ni? Korang tentu tidak mahu dipanggil ketinggalan zaman kan?

#7 Doa Yang Berkaitan
Bulan puasa ni, masa terbaik untuk berubah. Inilah masanya nak balik doa berbuka puasa, niat berpuasa dan bacaan ketika terawih. Iyalah, bacaan-bacaan ini selalu kita dengar di bulan puasa je. Daripada pura-pura ingat, lebih baiklah Google bacaan yang betul.

#8 YouTube

Ada banyak video yang boleh dicari di Youtube. Tetapi bulan Ramadan ni trend carian di Youtube lebih kepada perkara-perkara berkaitan Ramadan.

#9 Lokasi PARAM

Perkara paling menjadi sebutan di bulan puasa tentunya bazar Ramadan. Setiap bazar mempunyai kelebihan masing-masing, jadi tidak hairanlah jika ramai yang Google lokasi pasar Ramadan popular.

#10 Perkara Yang Batalkan Puasa
Ada beberapa perkara yang membatalkan puasa. Kadang kala kita keliru dengan perkara-perkara ini. Jangan sekadar dengar cakap-cakap orang sekeliling, sebab itu ramai yang mencari maklumat di Google.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img