spot_img
spot_img

UMW OG Tumpu Tiga Teras Utama

spot_img

KUALA LUMPUR 4 Jun – UMW Oil & Gas Corporation Bhd. (UMW OG) akan memberi tumpuan kepada tiga teras utama iaitu mengukuhkan kewangannya, memaksimumkan penggunaan pelantar dan mendapatkan kadar sewaan pelantar minyak yang lebih baik.

Presiden UMW OG, Rohaizad Darus berkata, syarikat turut merancang untuk memasuki semula pasaran Myanmar, Indonesia, Thailand dan Vietnam bagi mencapai matlamat tersebut.

Katanya, adalah penting bagi UMW OG untuk kembali ke negara-negara itu dan memastikan syarikat tidak kehilangan pasaran yang telah dibangunkan sebelum ini.

- Advertisement -

Jelas beliau lagi, keputusan untuk kembali ke pasaran yang sebelum ini pernah UMW OG teroka bertujuan mengurangkan kebergantungan UMW OG kepada Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).

“Syarikat berusaha untuk mendapatkan projek lain dan hanya `pergi’ ke Petronas apabila keadaan benar-benar memerlukan seperti sewaktu krisis harga minyak rendah pada tahun lepas.

“Sudah pasti Petronas adalah keutamaan UMW OG, tetapi kami mahu cuba untuk memastikan bahawa syarikat mempunyai aliran projek yang kukuh dalam pasaran lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Awal Mei lalu, UMW OG mencapai persetujuan dengan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) untuk tidak melaksanakan penggabungan membabitkan UMW OG, Icon Offshore Bhd. (ICON) dan Orkim Sdn. Bhd.

Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan keperluan modal yang besar oleh UMW OG serta mengambil kira keperluan untuk mempunyai rangka kerja penggabungan industri lebih jelas dan kepastian persekitaran industri sebelum penggabungan seumpama itu dilaksanakan.

Rohaizad berkata, pihaknya percaya UMW OG perlu menumpukan sepenuhnya terhadap pengukuhan kedudukan kewangan dan mengurangkan hutang bagi memenuhi keperluan pinjaman.

Jelasnya, pembatalan penggabungan yang telah diluluskan oleh para pemegang saham baru-baru ini, memberi sokongan kepada syarikat untuk penstrukturan semula hutang dengan lebih tersusun.

“Kini, UMW OG akan mempunyai lebih banyak sokongan dari segi kewangan dengan terbitan hak sebanyak RM1.8 bilion yang mana RM1.3 bilion daripadanya akan digunakan untuk mengurangkan hutang dan RM300 juta bagi modal kerja.

“Buat masa ini, UMW OG mempunyai sebanyak tujuh pelantar minyak dengan 100 peratus kadar penggunaan berbanding hanya 60 peratus kadar penggunaan pada tahun lalu,” katanya.

Utusan Online

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img