spot_img
spot_img

Isu Baki Gaji Bernhardt Selesai:FAM

spot_img

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan sudah menyelesaikan isu tuntutan baki gaji bekas ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22), Frank Bernhardt, hari ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan di akaun Facebook badan induk itu menjelaskan, pihaknya mengambil pendirian tidak mengulas isu terbabit sebelum ini kerana tidak mahu mengganggu proses rundingan bersama pengendali kelahiran Jerman itu. “Isu berhubung tuntutan Bernhardt sudah diselesaikan menerusi satu perjumpaan khas yang berlangsung di Wisma FAM, hari ini.

“Jalan penyelesaian yang diambil mendapat perkenan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang gembira kerana isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi,” katanya. Kancah bola sepak tempatan bergegar selepas timbul dakwaan bekas pengendali skuad Projek Sukan SEA 2017 itu mahu membawa kes pampasan kontraknya kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Bernhardt yang dipecat secara tiba-tiba oleh FAM, pada 25 Mac lalu dikatakan tidak bersetuju dengan tawaran pampasan yang ditawarkan persatuan itu.

- Advertisement -

Bernhardt yang juga bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Azerbaijan dilantik FAM pada Disember 2015 dengan kontrak selama dua tahun. Dia diberikan misi utama membawa pasukan mengharungi Kelayakan Piala AFC B-23 Julai ini dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada Ogos ini. Bagaimanapun, dia yang ketika itu mengendalikan pasukan di Kejohanan B-23 Piala Dunia 2017 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dipecat menerusi pengumuman yang dibuat oleh Tunku Ismail selepas dipilih selaku presiden baharu badan induk itu pada Kongres FAM ke-53.

Tempatnya kemudian diisi oleh bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img