spot_img
spot_img

Yang Ke 4 Terbesar Di Malaysia

spot_img

KUALA LUMPUR 1 Jun – RHB Bank Bhd. (RHB Bank) dan AMMB Holdings Bhd. (Ambank) memperoleh kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memulakan rundingan bagi cadangan penggabungan yang akan membentuk bank keempat terbesar di negara ini dengan jumlah aset bernilai RM368.3 bilion.

Kelulusan itu membolehkan kedua-dua institusi perbankan berkenaan memeterai perjanjian eksklusif yang akan tamat pada 30 Ogos 2017 untuk berunding dan memuktamadkan terma-terma dan syarat bagi cadangan tersebut kepada pihak berkuasa berkaitan.

Pengarah Urusan Kumpulan RHB Bank, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, penggabungan itu sekiranya berjaya direali­sasikan akan mewujudkan sinergi yang lebih baik dalam kumpulan perbankan yang besar, memberi manfaat kepada pemegang saham, pelanggan, kakitangan dan semua pihak berkepentingan.

- Advertisement -

“Penggabungan RHB Bank dan Ambank juga akan mewujudkan kumpulan perbankan keempat terbesar di negara ini, membina skala dan kepimpinan pasaran merentasi pelbagai segmen perniagaan utama,” kata­nya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, kedua-dua bank tersebut memohon penggantungan urus niaga saham sehingga pukul 5 petang hari ini dipercayai susulan pengumuman khas yang akan dibuat oleh institusi perbankan itu.

Ambank secara dasarnya telah lama dilihat sebagai calon untuk penggabungan dan pengambilalihan, apatah lagi pemegang saham terbesarnya, Australia and New Zealand Banking Group Ltd (ANZ) pada November lalu dilaporkan berhasrat untuk menjual 23.78 peratus kepentingannya kepada bank di Malaysia dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang.

- Advertisement -

Pemegang saham kedua terbesarnya, Pengasas dan Pengerusi Ambank, Tan Sri Azman Hashim yang memiliki 12.97 peratus kepentingan, kemungkinan lebih terbuka untuk menjual pegangannya memandangkan beliau akan bersara daripada semua jawatannya di kumpulan perbankan tersebut dalam tempoh dua tahun akan datang.

Kedua-dua bank itu dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai peme­gang saham, telah mencetuskan khabar angin berkaitan potensi penggabungan sejak setahun lalu. KWSP memiliki 10.4 peratus dalam Ambank.

Bagi RHB pula, selain KWSP yang memiliki kepentingan 40.7 peratus dalam kumpulan perbankan tersebut, ia turut dimiliki Aabar Investment PJS (17.75 peratus) dan OSK Holdings Bhd. (10.13 peratus).

RHB ketika ini merupakan bank keempat terbesar dengan 278 cawangan manakala Ambank pula di tempat keenam dengan 175 cawangan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ambank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir ya­kin, cadangan tersebut akan meletakkan asas yang kukuh dalam perniagaan dan kewangan.

“Kekuatan kami dalam segmen perniagaan utama iaitu perbank­an runcit dan pelaburan akan membantu kami bergerak ke hadapan dan muncul sebagai kumpulan perbankan yang hebat.

“Malah, ini menjadi satu lembaran baharu dalam sejarah Ambank dan ia datang pada masa yang tepat memandangkan kami akan mencapai Empat Matlamat Utama tidak lama lagi,” katanya.

Utusan Online

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img