spot_img
spot_img

Kini Zaman Orang Muda Memimpin

spot_img

Ketika saya berada di Kuala Lumpur baru-baru ini, sahabat bertanyakan komen mengenai pelantikan Emmanuel Macron sebagai Presiden Perancis. Secara spontan saya jawab: “Ini zaman orang muda menjadi ketua negara”.

Lalu saya ingatkan sahabat apa yang berlaku di Kanada, apabila Justin Trudeau (baru berusia 46) dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2015 lalu, menerajui pemerintahan negara. Macron, 39, mengangkat sumpah pada 14 Mei lalu sebagai Presiden Perancis ke-25, menggantikan Francois Hollande.

Macron meneruskan legasi pemerintahan negara republik ini (selepas sistem pemerintahan raja tumbang) sejak presiden pertama, Louis-Napoleon Bonaparte (1808-1873).

- Advertisement -

Louis adalah anak saudara Napoleon Bonaparte (Napoleon 1), yang merampas kuasa dan mengisytiharkan dirinya sebagai Emperor Napoleon 1 (1804-1814). Menyampaikan ucapan tahniahnya kepada Macron mengenai ‘kemenangannya yang hebat sekali’, Chancellor Jerman, Angela Merkel berkata Presiden muda Perancis itu ‘mendokong harapan jutaan rakyat Perancis, ramai rakyat Jerman dan di seluruh Eropah’.

ANAK DIDIK HOLLANDE

- Advertisement -

Macron, yang dilihat oleh banyak pihak sebagai ‘anak didik’ Hollande, meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi pada Ogos 2016 lalu untuk memulakan kempen sebagai calon presiden.

Pada 7 Mei lalu, beliau berjaya mengalahkan calon penentangnya, Marine Le Pen. Macron memperoleh 65 peratus undi, manakala Le Pen hanya mendapatkan 35 peratus undi, menjadikannya Presiden Perancis termuda dalam sejarah negara itu. Akhbar Inggeris, The Guardian, menyifatkan Macron sebagai ‘pendatang baharu’ dalam arena politik, kerana sebelum ini beliau tidak pernah berkempen merebut apa-apa jawatan.

Tiga tahun dahulu, dia tidak diketahui ramai. Pada 2012, dia mula bertugas sebagai pegawai khas kepada Presiden Hollande. Pada 2014, dia dilantik sebagai Menteri Ekonomi oleh Perdana Menteri Manuel Valls. Tidak lama selepas itu, Macron memutuskan untuk menubuhkan pergerakan politiknya sendiri, selepas mengambil kira ‘mood’ warga Perancis yang hilang kepercayaan kepada kerajaan kerana tidak mampu menyelesaikan masalah pengangguran dan ancaman keganasan.

Di bawah parti politik baharu yang ditubuhkan itu, En March (maju kedepan), Macron menggunakan slogan politiknya ‘tidak ke kiri dan tidak ke kanan’. Ketika berucap kepada ribuan penyokongnya yang berhimpun di depan bangunan Louvre Museum (muzium terbesar di dunia) di bandar raya Paris, Macron berkata; “Malam ini, Perancis menang. Eropah dan seluruh dunia sedang melihat kita. Tugas kita amat berat, memerlukan keberanian dan kejujuran. Kita mesti bina semula perpaduan Eropah, selesaikan masalah ekonomi dan pastikan keselamatan rakyat kita daripada ancaman keganasan”.

Setelah memenangi pilihan raya presiden negara itu, Macron kini terpaksa menumpukan perhatiannya kepada Pilihan Raya Parlimen (pilihan raya perwakilan ke National Assembly) pada 11 dan 18 Jun depan. Ia perlu memikirkan siapa calon paling sesuai untuk dilantik sebagai Perdana Menteri negara itu untuk melaksanakan segala dasar yang dibentuk olehnya untuk lima tahun akan datang.

Cara orang muda seperti Macron mentadbir negara pastinya berbeza dari cara orang tua – seperti pendulunya Francois Hollande, dan sebelum itu Nicolas Sarkozy, Jaques Chirac dan Francois Mitterrand.

SALLEH BUANG

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img