spot_img
spot_img

OBOR Tidak Memberi Kesan Negatif Terhadap Persaingan

spot_img

KUALA LUMPUR 2 Jun – Pelaksanaan One Road One Belt (OBOR) tidak memberikan kesan negatif terhadap syarikat-syarikat tempatan kesan persaingan dengan syarikat gergasi dari China.

Pengarah Urusan dan Ketua Kajian Ekonomi ASEAN Standard Chartered Bank, Edward Lee Wee Kok berkata, persaingan yang wujud perlu dilihat daripada perspektif lebih meluas dan bersikap terbuka.

Jelas beliau, persaingan menjadikan syarikat-syarikat tempatan lebih kompetitif dan berusaha menonjolkan potensi yang dimiliki berbanding pesaing.

- Advertisement -

“Tidak salah untuk bersaing tetapi persaingan tersebut perlulah sihat agar ia dapat menjadi pemangkin kepada syarikat tempatan untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti.

“Selain itu, rakyat Malaysia akan mendapat manfaat melalui pilihan produk yang pelbagai berbanding bergantung kepada satu pengeluar sahaja. Kita boleh mendapat produk sama pada harga yang lebih murah dan berkualiti,” katanya kepada pemberita dalam wawancara OBOR anjuran Standard Chartered di sini semalam.

Yang turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Tunai Transaksi Perbankan Standard Chartered China, Jiwei Ye dan Pengarah Urusan dan Ketua Perbankan Standard Chartered Malaysia, Mak Joon Nien.

- Advertisement -

Sementara itu, Joon Nien memberitahu, OBOR bertujuan membawa pembangunan dan kemakmuran ekonomi di sepanjang jajaran inisiatif berkenaan.

Katanya, tiada negara yang dapat membangun sendiri tanpa kerjasama daripada mana-mana pihak.

“Persaingan sudah pasti akan wujud sekiranya pelabur datang dengan membawa masuk kelebihan mereka ke dalam pasaran. Namun, perkara tersebut tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk merasa bimbang dan menolak peluang pembangunan.

“Antara manfaat yang diperoleh seperti perpindahan teknologi, kepakaran dan mewujudkan peluang pekerjaan sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi setempat,” ujarnya.

– UTUSAN ONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img