spot_imgspot_img

Adra Medina: Sinar Harapan Ramadhan

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) merayu orang ramai supaya tampil membantu anak kedua penyerang Perlis, Alafi Mahmod yang menghidapi penyakit jantung berlubang.

Di usia yang baru mencecah 48 hari, Adra Medina disahkan menghidap penyakit berkenaan dan kini memerlukan sumbangan orang ramai untuk menjalani pembedahan.

“Adik Adra memerlukan dua kali pembedahan dan kos rawatan susulan mencecah RM100, 000. Kami mewakili seluruh warga PFAM ingin memohon ihsan semula lapisan masyarakat menghulurkan bantuan melalui inisiatif PFAM.

“Semoga dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan Alafi sekeluarga,” kata badan yang mewakili pemain bola sepak tempatan itu.

Alafi kini berusia 32 tahun, memulakan karier bola sepaknya pada 2011 bersama pasukan Pahang sebelum berhijrah ke Muar FC, Negeri Sembilan, PDRM dan kini bersama skuad Singa Utara.

Sementara itu, sebarang pertanyaan mengenai sumbangan kepada Adra boleh diajukan kepada Cik Hanani di talian 017-722 0864 dan Syamil Rosli di 014-548 7034.

“Semoga keprihatinan anda dapat membantu Adik Adra menjalani kehidupan seperti biasa,” kata PFAM dalam kenyataan, hari ini.

comments

Terkini

spot_img
spot_img