spot_img
spot_img

Pemuda UMNO Mahu Syed Mokhtar Beri Penjelasan Terhadap PROTON

spot_img

Pemuda Umno hari ini menggesa ahli perniagaan jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk tampil menjelaskan perkara sebenar tentang penjualan saham syarikat pengeluar kereta nasional, Proton kepada syarikat China, Zhejiang Geely pada minggu lalu.

Dalam satu kenyataan, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Mohamad Sahfri Abd Aziz berkata, langkah itu perlu bukan sahaja untuk meredakan keresahan rakyat tetapi juga sebagai menjawab pengkritik ekonomi tempatan dan antarabangsa.

“Syed Mokhtar tidak boleh diam ibarat syaitan bisu, yakni tidak memberitahu kebenaran sedangkan mempunyai pengetahuan dan tanggungjawab untuk menjelaskan perkara sebenar.

- Advertisement -

“Pemuda Umno mahu beliau menjelaskan siapa pemilik sebenar dan siapa proksi serta penama-penama di belakang Proton,” katanya.

Gesaan itu dibuat susulan keputusan DRB-Hicom Bhd untuk menjual 49.9 peratus kepentingannya dalam Proton kepada firma China, Geely Automotive Holdings Ltd.

Dengan penjelasan yang betul, Sahfri berkata, Pemuda Umno percaya bahawa semua isu yang berbangkit daripada penjualan saham berkenaan akan dapat diketahui oleh masyarakat umum.

- Advertisement -

Antara lain, beliau berkata, bekas perdana menteri dan bekas pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah salah satu pengkritik paling lantang.

“Kenyataan beliau telah menimbulkan polemik serta kekeliruan di kalangan para pemerhati serta rakyat dan juga dunia perniagaan tentang masa depan Proton,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img