spot_img
spot_img

Muhyiddin Tahu Siapa Dalangnya

spot_img

BALIK PULAU – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui parti itu kini dilanda gelombang keluar parti oleh anggotanya khususnya di Perak yang tidak puas hati dengan keputusan pucuk pimpinan.

Katanya beliau masih menunggu angka sebenar yang keluar Bersatu di Perak.

“Saya sudah tahu siapa di belakang yang cuba mengapi-apikan anggota supaya keluar parti secara beramai-ramai berikutan pelantikan Ketua Bersatu Perak,” katanya kepada pemberita selepas majlis bebruka puasa bersama presiden Bersatu di sini hari ini.

- Advertisement -

Dalam laporan bulan lalu, lebih 1,000 anggota Bersatu Perak diketuai Ketua Penaja Bahagian Bersatu Ipoh Timur, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja Bahagian Bersatu Teluk Intan Jemaat Yaacob isytihar keluar parti, berkuat kuasa serta merta susulan kegagalan Muhyiddin menyelesaikan konflik dalaman parti di peringkat pusat dan negeri walaupun tempoh seminggu telah diberikan kepada beliau.

Muhyiddin berkata, keputusan untuk melantik ketua parti di negeri-negeri dibuat hasil perbincangan oleh pucuk pimpinan parti.

– Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img