Pokok letup – letup atau juga dikenali sebagai pokok ulat bulu merupakan tumbuhan liar yang sering dijumpai di semak samun dan dijadikan mainan kanak – kanak.
Pokok menjalar yang yang dikenali dalam nama saitifik, Passiflora foetida, ini berasal daripada Amerika selatan dan Barat India dan merupakan tumbuhan yang terkenal dikalangan penduduk kampung kerana pucuk daunnya boleh dijadikan ulam dan buahnya boleh dimakan.
Namun begitu, selepas pelbagai penetilian dilakukan, ternyata pokok letup – letup ini mempunyai banyak manfaat sebagai penawar penyakit.
1. UNTUK RAWATAN MENGHIDAPI SALURAN JANTUNG TERSUMBAT
Ubat jantung, ambilkan empat 40 helai blander dijadikan jus. minum tanpa campur apa2. salah satu petua dan ubat untuk jantung kita
Amalkan meminum air daun pokok ulat bulu dgn cara ‘blender’ daun yang muda dan dicampur dengan susu tepung.
Daunnya boleh dibuat ubat sakit jantung dengan memakannya sebagai ulaman dan biasanya pagi-pagi dalam sehelai dua setelah dibersihkan terlebih dahulu.
2. BOLEH DIJADIKAN UBAT PENYAKIT ASMA.
Ambil daun dan batangnya, rebus minum air dia atau ambilkan daunnya dicampur dengan kapur sirih lalu dihancurkan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. basahkan dengan air. Selepas itu gumpalkan pada tapak tangan sehingga keluar air berwarna hijau keputih-putihan serta berbuih. sapukan bahagian dada, perut dan belakang.
3. DAUN TUMBUHAN INI BOLEH MENGUBATI KURAP.
Hancurkan daun dan letak dikurap
4. MENURUNKAN SUHU BADAN YANG PANAS.
Gunakan buahnya dengan cara makan tarus atau buat jus jika deman terutamanya kanak-kanak
5. TURUNKAN BACAAN DARAH TINGGI.
Amalkan air rebusan daun, buah dan akarnya. berfungsi cuci darah.
6. MASALAH KENCING KOTOR KETIKA MENGANDUNG.
Amalkan minum air rebusan pokok buah ulat bulu ni. Ambil dari akar sampai pucuknya.
7. MERAWAT KANSER.
Pucuknya yang muda dicampur dengan 4 biji beras dan tunas kunyit digiling dengan tempurung kelapa, sampai lumat kemudiannya ditampalkan pada bisul ataupun yang ada kenser payu dara insya Allah cepat sembuh.
8. MERAWAT KEKUNINGAN PADA BAYI BARU LAHIR.
Ada kawan berbangsa cina bagitau pokok ni dijemur sampai kering pastu buat mandian utk bayi yang baru lahir.
9. MERAWAT ORANG YANG PINGSAN
Ambilkan akarnya dan akar samalu dan bakar kemudiannya abuknya campurkan dengan kapur sirih. Dan gaulkan menggunakan minyak kelapa. kemudiannya gosuk pada kepala orang yang pingsan akibat gila babi. cepat dia sadar.
10. MERAWAT JERAWAT.
Daunnya boleh guna untuk ubat jerawat.
11. BAGUS UNTUK NERVE ORANG YANG TERKENA STROKE
Siew Ngan Chong: ya sadiah betul waktu aku sakit dulu senget mulut dulu aku memang minum dan makan sayur tu. tanaman ini bagus untuk nerve orang yang stroke. Amalkan, iya sangat membantu.
12. UNTUK CERDAS DAN CERGAS
Saya masukan dalam cawan/ gelas campur air + limau nipis, gula ckit.
13. MERAWAT PASANG SURUT (HERNIA).
14. MENGUBATI KENCING MANIS.
Batang dan akarnya direbus, minum sehari 3x, amalkan selalu.
15. SAKIT SENDI LUTUT (ATHRITIS)
Gumpalkan daun dengan kapur makan, tampalkan pada lutut
16. KENCING TIDAK LAWAS
Minum air rebusan daun ulat bulu
17. MENURUNKAN PARAS KOLESTROL
Dengan cara memakan daunnya 2 helai sekali makan dan tiga kali sehari
18. MERAWAT DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS
Rebus daunnya dan minum air.
19. UNTUK TAMBAH DARAH
Untuk tambah darah bagi mereka yang kurang darah, buang daun dan buah tu. masakkan batangnya sahaja dan air tu diminum. selalu amalkan meminum air rebusan tu, in sha Allah darah akan bertambah.
20. KES PESAKIT TALASEMIA
Minum air rebusan dausn, darah dalam badan akan bertambah. kulit dan muka tidak kelihatan pucat.
21. PENAWAR UNTUK ORG YANG TERMAKAN RACUN
Sepohon pokok ini termasuk akarnya boleh juga jadi penawar untuk orang yang termakan racun dan orang yang keracunan makanan
AMARAN!
Lepas makan buah tidak boleh minum kopi ye. Pernah terjdi keracunan.
Sumber: Che Murad Abdullah Via Jadi ubatkah herba ini?