spot_img
spot_img

Resipi Milkshake Kurma Yang Sangat Sedap Dan Segar Ketika Berpuasa

spot_img

Menjamah kurma bukan sahaja menjadi amalan sunah tetapi kurma adalah buah kering yang membantu memberikan tenaga tambahan dengan cepat. Jadi di sini kami ingin berkongsi dengan anda resipi milkshake kurma yang sangat sedap dan memberikan kesegaran ketika berpuasa.

Resipi Milkshake Kurma Yang Sangat Sedap Dan Bagus

Pelajar IPT bakal berdepan dengan exam dibulan puasa! jadi utk dptkan tenaga yang baik dan minda yg cergas kena la amalkan makanan dan minuman yang baik juga! ni admin share tips minuman utk mereka yang nak exam, admin dh amalkan masa zaman belajar dulu, memang baik! tak rasa lapar, nak berfikir pun senang! cuba la..

- Advertisement -

Jadi, amalkan ini waktu bersaho baik utk minda dan tubuh anda uk aktif dan fikiran yg cergas!
Mereka yg duduk rumah sewa boleh la cuba:
â–  Bahan-bahan
– 7-10 biji kurma (boleh ikut suka anda nak guna kurma jenis Ajwa, Barhi, Medjool, Noor atau apa-apa sajalah. Nak campur pun boleh)
– 1 cawan air kosong
– 2 cawan susu segar (full cream atau low fat – mengikut citarasa)
â–  Bahan-bahan opsyen
– Madu
– Oat
– Kacang badam / gajus
– Kismis
– Buah tin
– Pisang
– Serbuk milo / koko / kopi
– Serbuk kayu manis
– Ketulan ais
– Aiskrim vanila
â–  Kaedah
1. Belah kurma dan keluarkan bijinya.
2. Rendam isi kurma dalam air kosong semalaman. Sekiranya anda tidak mahu menunggu lama, boleh gantikan air kosong dengan air panas dan rendamkan kurma antara 10-15 minit.
3. Tuang kurma berserta air rendaman ke dalam pengisar dan masukkan sekali susu segar.
4. Kisar sehingga hancur.
5. Tuangkan ke dalam gelas dan boleh disejukkan terlebih dahulu atau dihidangkan terus.
.
.
P/S: Jika anda guna kurma yang lembut dan manis, rasa milkshake ini akan menjadi lebih ‘kick’! Kalau anda mahu cuba untuk bereksperimen, bolehlah tambahkan bahan-bahan opsyen seperti di atas untuk variasi yang lebih menyelerakan.
P/S: Resepi date milkshake ini boleh menjadi penguat tubuh dan otak utk pelajar yg nak exam. Selain itu, ia amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet kerana ia amat mengenyangkan dan boleh mengekang rasa lapar untuk tempoh yang panjang. Juga sangat sesuai dijadikan menu ketika bulan puasa. Eoklah kalau buat untuk waktu sahur dan berbuka. Tambah susu utk ibu mengandung pun bagus!.
Selamat mencuba!
.

https://www.facebook.com/UTHMlife/videos/1416859528367715/

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img