spot_img
spot_img

Potensi Jaringan Perniagaan(Networking)

spot_img

JARINGAN perniagaan merujuk kepada jaringan formal yang melibatkan hubungan antara usahawan dengan pihak lain berlandaskan urusan perniagaan.

Ia juga melibatkan kepentingan tertentu antara kedua-dua belah pihak di mana mereka akan cuba memenuhi kepentingan masing-masing.

Berdasarkan pemerhatian juga, sebilangan besar usahawan yang berjaya akan memperuntukkan masanya bagi mewujudkan jaringan sosial dengan pihak lain.

- Advertisement -

Jaringan itu, secara langsung atau tidak langsung akan memudahkan urusan dan menguntungkan usahawan kerana ia akan menyediakan lebih banyak peluang perniagaan, boleh bertukar-tukar maklumat dan idea serta boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak yang mempunyai kepakaran tertentu.

Mungkin bagi usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini, penyertaan memasuki jaringan perniagaan masih rendah berbanding bangsa lain.

Justeru, kini semakin banyak ruangan untuk usahawan membantu antara satu sama lain melalui jaringan perniagaan yang dilakukan agensi kerajaan dan juga pihak persendirian perlu direbut.

- Advertisement -

Jaringan perniagaan yang dianjurkan bukan semata-mata untuk penganjur mengaut keuntungan, tetapi lebih kepada membantu usahawan mencari peluang meningkatkan potensi perniagaan masing-masing.

Melalui perkongsian idea, pengalaman, panduan dan sokongan kepada setiap usahawan, jaringan ini akan membantu mengembangkan rangkaian perniagaan.
Malah, kebanyakan jaringan perniagaan tidak mengenakan yuran yang mahal kepada pesertanya hanya bayaran itu sebagai bukti komitmen untuk usahawan terus kekal sehingga berjaya.

TRIPLE WHITE TEROKA PASARAN ARAB

Pengeluar makanan kesihatan, Lumierious Lab mengukuhkan jualan rangkaian produknya jenama Triple White dalam pasaran tempatan dan antarabangsa dengan menyasarkan jualan sehingga 30,000 sebulan.

Pengasasnya, Mohd Anwar Mohd Arshad optimis sasaran tersebut dapat dicapai dengan penstrukturan semula operasi dan sistem pengedaran yang diperkemas termasuk melalui rangkaian runcit, medium online dan rakan pengedar.

“Pada 2017, kami menyusun semula strategi korporat dalam mengukuhkan akses kepada rantaian bekalan yang lebih efektif terutama melalui penyenaraian rangkaian peruncitan utama. Kami memperuntukkan RM4 juta untuk mempromosikan rangkaian produk kami dan menyasarkan memasuki rangkaian farmasi di seluruh negara.

“Triple White juga akan meluaskan ke pasaran Emiriah Arab Bersatu menjelang akhir tahun ini. Setakat ini, kami berada di pasaran luar negara iaitu Singapura, Brunei dan Thailand,” katanya.

Mohd Anwar berkata, Triple White yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan mempunyai lebih empat produk iaitu Triple White Gluthathione untuk 60 kapsul dan 30 kapsul, Triple White Chewable Tablet dan Triple White Skincare yang mempunyai pencuci muka, serum, krim siang dan malam.

Katanya, Triple White juga melantik primadona filem terkenal, Erra Fazira sebagai duta produknya dan penasihat produk selepas figura itu bersama-sama dengan syarikat seawal proses pembangunan dan penyelidikan produk tersebut.

KERJASAMA BANTU PKS KUASAI EKONOMI

Laman sosial Facebook, melalui Laporan Kajian Perniagaan Masa Hadapan yang dijalankan mendedahkan bahawa belajar daripada satu sama lain adalah kunci membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia menguasai ekonomi mudah alih.

Dalam satu kenyataan Facebook berkata, dalam perniagaan, penting untuk belajar dan menyokong antara satu sama lain bagi berhadapan dengan ekonomi semasa global.

“Laporan menunjukkan 54 peratus daripada PKS yang belajar antara satu sama lain adalah sumber utama mendapatkan maklumat dan pendidikan,” katanya.

Menurutnya, menerusi dapatan kajian itu juga, perniagaan yang berhubung satu sama lain, 54 peratus lebih yakin mengenai ekonomi berbanding mereka yang tidak melakukan sedemikian.

Pada skala global, laporan itu mendedahkan bahawa cabaran utama yang dihadapi oleh PKS adalah untuk menarik pelanggan, kemudian mengekalkan keuntungan dan akhirnya mengekalkan atau merekrut pekerja mahir.

Mengenai kajian tersebut, ia adalah yang pertama dilancarkan pada bulan Februari 2016 di 17 negara. Ia juga sebahagian daripada komitmen Facebook untuk membantu PKS menggunakan alat-alat digital untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan.

 

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img