spot_img
spot_img

Popia Inti Keropok Lekor – Bulan Ramadan Banyak Peniaga Ambil Kesempatan

spot_img

Seorang pelanggan yang singgah ke bazar Ramadhan Johor Bahru semalam meluahkan rasa terkilan apabila makanan yang dibelinya tidak seperti yang diharapkan.

Menurut perkongsian di Facebook, lelaki itu telah membeli tiga biji popia berinti otak-otak berharga RM2 namun hakikatnya hidangan itu mengandungi inti keropok lekor.

- Advertisement -

“Tadi petang (semalam) saya pergi bazar Ramadhan di Johor Bahru. Saya membeli popia, ketika itu ada pelanggan lain yang bertanyakan inti popia itu.

“Jawab peniaga, intinya otak-otak. Saya pun terfikir-fikir bagaimanakah inti otak-otak. Harga popia itu tiga biji RM2.

“Selepas berbuka puasa saya makan popia itu, rupa-rupanya inti dalamnya keropok lekor. Habis saya dan pelanggan lain kena tipu,” tulisnya seperti yang dikongsikan di Facebook Siakap Keli.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img