spot_img
spot_img

Duti Eksais Perlu Dihapuskan Apabila Geely Miliki Proton

spot_img

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kelana Jaya menyeru duti eksais ke atas kereta buatan asing dihapuskan secara berperingkat susulan penjualan 49.9% Proton Holdings Bhd kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group minggu lepas.

Beliau berkata jika jualan itu bererti Proton bukan lagi kereta nasional, maka duti eksais secara prinsipnya perlu dikurangkan secara beransur-ansur dan dihapuskan dalam masa 3 hingga 5 tahun.

“Saya tidak setuju dengan penghapusan duti eksais secara tiba-tiba kerana ia akan mengakibatkan kekeliruan dalam pasaran dan menghapuskan semua kereta buatan temaptan, termasuk Perodua, dan akan menghapuskan pasaran kereta terpakai,” katanya di Facebook hari ini.

- Advertisement -

Media melaporkan Zhejiang Geely pada 24 Mei lalu mengesahkan persetujuan membeli pegangan tersebut bersama 51% pegangan dalam Lotus Cars dari DRB-Hicom Bhd.

Ketua Biro Pelaburan dan Dagang PKR itu juga menggesa kerajaan memaklumkan Parlimen mengenai hasrat selepas penjualan tersebut.

“Membiarkan butiran urusniaga ini samar-samar dan berdiam diri mengenai dasar duti eksais suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab, dan hanya menyebabkan kebimbangan dan kekeliruan dalam pasaran.”

- Advertisement -

Beliau berkata kereta Malaysia boleh menjadi berdaya saing jika budaya “perlindungan tanpa had” dihapuskan kerana ia menghasilkan pembaziran, ketidakcekapan dan korupsi, katanya.

“Perlindungan boleh jadi sesuatu yang baik tetapi mesti mempunyai rangka masa tertentu, dan pengurusannya perlukan berdasarkan merit dan kebolehan,” katanya.

“Proton mensia-siakan semua dasar perlindungan dan sudah tiba masanya untuk menamatkan dasar itu.”

Beliau menggesa kerajaan mendedahkan butiran penjualan itu dan struktur pegangan saham terbaharu Proton.

“Adakah kerajaan masih memiliki saham kencana? Adakah terdapat pihak ketiga lain yang memegang saham dan bergerak seiring dengan Geely?

“Sukar untuk saya percaya Geely sudi membeli Proton tanpa kawalan majoriti.”

Beliau berharap Geely mampu membawa Proton mengecapi kejayaan dalam pengurusannya sepertimana yang ia lakukan untuk Volvo.

“Saya harap Geely mampu melakukan perkara yang serupa dengan jenama Proton dan jadikan ia jenama serantau,” katanya.

Dalam wawancara Utusan Malaysia semalam, Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani berkata dalam senario semasa, 50.1% pemilikan Proton dalam tangan Malaysia.

Proton, yang diasaskan pada 1983 merupakan syarikat automobil negara pertama, dibelenggu masalah kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun menerima bantuan kerajaan.

Pada 2001, ia menguasai 53% pasaran tempatan tetapi turun kepada 14% tahun lepas kerana lebih ramai pembeli memilih model lain.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img