spot_imgspot_img

Wanita Ini Menang Larian Marathon Walau Hanya Pakai Sandal

Kalau kebiasaannya kita melihat orang yang sertai pertandingan larian marathon pasti memakai baju yang bersesuaian serta kasut sukan, berlainan pula dengan seorang wanita di Mexico yang berjaya memenangi pertandingan larian ultra marathon sejauh 50 km hanya dengan memakai sandal. Wanita tersebut yang bernama Maria Lorena Ramirez juga hanya memakai skirt dan skarf serta sandal yang diperbuat daripada tayar kitar semula.

Maria berjaya menewaskan hampir 500 peserta lain dari 12 buah negara dalam kategori wanita Ultra Trail Cerro Rojo di Puebla di tengah Mexico.

Lebih istimewa lagi, Maria berjaya menghabiskan acara larian tersebut dalam tempoh masa tujuh jam tiga minit sekali gus meraih hadiah utama yang berjumlah 6,000 peso bersamaan dengan RM1374.

Siapa kata tanpa peralatan lengkap dan juga pakaian yang bersesuaian, seseorang itu tidak boleh berjaya. Maria Lorena Ramirez berjaya membuktikannya.

Sumber dari BBC

comments

Terkini

spot_img
spot_img