spot_img
spot_img

Penggunaan “Harapan” Dibantah Lajim

spot_img

KOTA KINABALU: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) membantah penggunaan singkatan ‘Harapan’ untuk mana-mana pertubuhan politik selain parti berkenaan di negara ini kerana berpendapat ia boleh mengelirukan orang ramai di Sabah.

Presidennya, Datuk Seri Lajim Ukin bagaimanapun berkata, parti berkenaan tidak membantah penggunaan singkatan ‘Harapan’ bagi pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bercakap pada sidang media di sini, hari ini, beliau menggesa Pendaftar Pertubuhan (RoS) agar menolak permohonan mana-mana parti politik yang ingin mendaftarkan parti mereka dengan menggunakan singkatan ‘Harapan’.

- Advertisement -

Lajim turut mengumumkan kemasukan bekas Penasihat parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Wilayah Persekutuan Labuan Datuk Peter Kong ke dalam parti Harapan Rakyat seterusnya melantiknya sebagai timbalan presiden 3 parti itu bagi mengisi kuota kaum Cina.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img