Siapa sangka nama yang terlalu panjang juga boleh mengundang masalah kepada diri, khususnya melibatkan perkara-perkara rasmi.
Sharifah Nur’Insyirah binti Saifuddin Shah, 25, mempunyai 2 kad pengenalan, kerana tiada ruang untuk nama bapanya pada kad pengenalan sendiri.
Beliau yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Rusia selalu berdepan dengan masalah rasmi, bukan sahaja dalam negara, malah ketika diluar negara.
“Malah ketika menduduki peperiksaan di sekolah rendah lagi saya perlu isi dua borang kerana ruang nama tidak cukup dan saya perlukan masa lama untuk selesaikan setiap urusan,” kata gadis ini yang berasal dari Batu Pahat, Johor pada Sinar Harian,