spot_img
spot_img

Kesedihan Tun M Terhadap Kehilangan Proton

spot_img

KUALA LUMPUR: Langkah menjual kepentingan 49.9% dalam Proton Holdings kepada sebuah syarikat kereta China semalam menandakan kehilangan ikon negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, orang yang mengasaskan industri kereta itu pada awal 1980-an.

“Kita harus tanya, apa lagi nak dijual?” soal pengerusi PPBM itu selepas program ceramah di Kampung Baru, malam tadi.

“Kita sudah jual Proton kepada orang asing. Ini kereta nasional, dijual kepada orang asing dan tidak lagi ia menjadi kereta nasional, ia kini kereta asing.

- Advertisement -

“Kita kehilangan satu daripada ikon negara kita,” katanya.
Semalam, DRB-Hicom mengumumkan menjual 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Kumpulan Geely Holding yang merupakan pemilik Volvo Car Group dari Sweden.

Proton yang ditubuhkan pada 1983 sebagai syarikat otomobil pertama negara, bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.

Pada 2001, Proton menguasai bahagian pasaran sebanyak 53%, tetapi ia merosot kepada 14% tahun lalu, di sebalik populariti kereta import dan aduan mengenai mutu kereta Proton.

- Advertisement -

Dr Mahathir bagaimanapun mempertahankan kualiti kereta Proton.
“Ya, ada yang berkata tingkap tak naik, bila tekan butang, tak naik. Itu cerita lama.

“Sekarang, pergilah tekan butang, ia naik turun. Kalau 10 kali tekan, 10 kali naik-turun.

“Ya, memang ada kelemahan, tetapi kelemahan sudah kita atasi,” katanya.

“Tuan puan, cubalah, kalau tak nak beli pun pergi cuba. Proton Saga, Proton Persona, Perdana, 3 buah kereta yang dikeluarkan serentak dalam satu tahun. Kalau dahulu kita keluarkan sebuah model dalam 3 tahun, kali ini kita mampu keluarkan 3 model dalam satu tahun.

“Tapi yang sedihnya kereta nasional tak lagi kereta nasional kita,” katanya.”

Sebelum ini dalam wawancara ekslusif bersama FMT, Dr Mahathir mempertikaikan dakwaan kerajaan menyuntik dana kepada Proton untuk menyelamatkan syarikat itu.

“Kerajaan tidak menyuntik wang ke dalam Proton. Tetapi geran penyelidikan. Ia diberikan kepada semua. Tetapi ia tidak diberikan kepada Proton. Ia dijanjikan tetapi sehingga kini tidak diberikan,” katanya.

Beliau berkata jualan Proton jatuh kerana dasar kerajaan membuka pasaran kepada kereta import, yang menurutnya suatu dasar yang tidak diamalkan oleh negara pengeluar kereta besar seperti Jepun dan China.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img