Sir Roger Moore yang terkenal dengan watak James Bond telah meninggal dunia pada usia 89 tahun.
Roger merupakan pelakon utama yang memainkan watak popular itu di tujuh filem James Bond termasuk Live and Let Die dan Spy Who Loved Me.
Keluarga pelakon itu mengesahkan berita kematian itu di Twitter dengan berkata Roger meninggal selepas ‘pertarungan pendek tapi berani menentang kanser’.
Anaknya menyatakan “Terima kasih ayah kerana menjadi diri kamu, dan menjadi sangat istimewa kepada ramai orang.”
“Dengan hati yang berat, kita mesti menerima berita bahawa ayah kami, Sir Roger Moore, meninggal dunia hari ini. Kami semua bersedih.