spot_img
spot_img

Geng 04 Ditembak Mati

spot_img

AYER KUNING – Seorang perjenayah dikehendaki ditembak mati dalam satu kejadian berbalas tembakan di Jalan Ayer Kuning-Kampung Gajah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, suspek berusia 40 tahun dipercayai ahli geng 04 cuba meloloskan diri apabila diminta berhenti oleh sepasukan polis untuk melakukan pemeriksaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, sebelum kejadian, anggotanya terserempak dengan sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.

- Advertisement -

Menurutnya, semakan awal oleh anggota mendapati kereta itu tidak didaftarkan dan dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Anggota saya meminta pemandu itu berhenti untuk membuat pemeriksaan sebelum suspek bertindak memecut laju, berlaku kejadian kejar mengejar serta potong memotong hingga di Jalan Ayer Kuning- Kampung Gajah sebelum kenderaan terbabas di tepi jalan.

“Suspek kemudiannya keluar dari kereta membawa sepucuk pistol dan melepaskan tiga das tembakan ke arah polis menyebabkan anggota melepaskan dua das tembakan ke arah suspek,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

- Advertisement -

Hasnan berkata, dua das tembakan yang dilepaskan anggotanya itu mengenai bahagian dada suspek dan menyebabkan lelaki itu rebah lalu mati di tempat kejadian.

Katanya, polis menjumpai sepucuk pistol tanpa jenama dan sebutir peluru digunakan suspek menembak ke arah polis serta tiga bilah parang di dalam kereta lelaki itu yang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun.

“Semakan polis mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah, empat samun, satu kes bunuh dan satu curi kenderaan serta pernah dua kali ditahan di Simpang Renggam,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img